Petisyen Penjarakan Neelofa Bermula

Petisyen Penjarakan Neelofa Bermula. Kemarahan netizen terhadap Neelofa dan keluarganya hari ini memuncak apabila satu petisyen bagi memastikan selebriti berniqab itu menerima hukuman setimpal atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan selama in mula berlegar dalam media sosial.

Menerusi laman sesawang change.org, seorang individu didapati memulakan satu petisyen bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ setelah beberapa episod pelanggaran SOP oleh Neelofa dan keluarganya yang seperti tidak serik-serik membikin onar.

“Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.



“Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard (pilih kasih) dikenakan terhadap beliau,” tulis keterangan pada petisyen tersebut.

Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen tersebut adalah majlis perkahwinannya di ibu negara; rentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu video tular Neelofa dan ahli keluarga melanggar SOP Aidilfitri. – K! ONLINE

Petisyen Penjarakan Neelofa Bermula


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET



“Setakat Beli Karpet Jer Pun..Alang-alang Berniqab, Awak ‘Niqab’ lah Sekali Media Sosial Tu”-Shahrulezad Sound Padu Pada Neelofa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker