KJ kata Scam, Syarikat Nafikan

KOTA KINABALU: Wakil sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong yang terbabit dalam isu dikatakan penipuan sumbangan bekalan vaksin COVID-19 kepada kerajaan Pulau Pinang, hari ini, tampil menafikan perkara itu.

Menurut individu dikenali sebagai Yong Chee Kong, dia terkejut apabila dimaklumkan media berhubung isu berkenaan.

“Pada mulanya ia (sumbangan) adalah ke (untuk) Sabah, tetapi kerajaan negeri menyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membatalkan sumbangan itu.

“Kemudian, kita menyerahkannya (sumbangan) kepada Pulau Pinang dan dihubungi oleh wakil kerajaan yang memberikan saya surat untuk ditandatangani,” dakwanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.

Terdahulu, cubaan Astro AWANI untuk menemuramah Yong secara bersemuka tidak berjaya.

Mahathir setuju laksana PKP semula

Astro AWANI turut melakukan tinjauan di lokasi alamat pejabatnya berdasarkan maklumat diperolehi daripada alamat tertera pada surat yang didedahkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, sebelum ini.

Mengulas lanjut, Yong mendakwa, surat ditandatanganinya itu bagaimanapun memaparkan nama syarikat yang salah kerana ia sepatutnya merujuk terus kepada syarikat penyumbang yang berpangkalan di Hong Kong itu.

Dakwanya, dia di Malaysia bertindak sebagai perantara bagi syarikat terbabit.

“Itulah perkara yang berlaku, anda tidak boleh menyampaikannya kepada media dengan mengatakan saya penipu, menipu, tidak adil bagi saya,” dakwanya.

Sumbangan 2 juta dos vaksin COVID-19 kepada kerajaan Pulau Pinang adalah palsu

Mengulas lanjut, Yong mendakwa, pernah membuat permohonan mengenai sumbangan vaksin COVID-19 melalui pejabat Khairy pada Januari lalu namun ditolak.

Pada Rabu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dalam sidang media mendedahkan tawaran sumbangan berkenaan adalah satu penipuan.

Khairy mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, yang memohon kerajaan Persekutuan meluluskan sumbangan vaksin tersebut daripada sebuah syarikat swasta untuk kegunaan rakyat negeri itu.

Menurut Khairy, surat tawaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikirimkan oleh seorang individu bernama Yong Chee Kong dari Kota Kinabalu, Sabah, yang mendakwa sebagai Pengarah Urusan di Syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.

Khairy berkata, selepas melakukan semakan dengan Syarikat Sinovac Biotech Ltd., Khairy bagaimanapun mendapati bahawa urusan pembelian vaksin antara individu bernama Yong Chee Kong dan syarikat Sinovac tidak pernah berlaku.

 

KJ meroyan setiap kali saya persoal kadar vaksinasi rendah, kata Najib

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


Cahaya Lampu Solidariti Masjid Kapitan Keling terhadap Palestin

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker