Guna Nama SEARCH, Ahli Kumpulan Ambil Tindakan Undang-Undang

 

Guna Nama SEARCH, Ahli Kumpulan Ambil Tindakan Undang-Undang

Ahli kumpulan SEARCH yang terdiri daripada Amy dan Nasir telah membuat tuntutan terhadap Mozylir Bin Mokhtaruddin yang dipercayai pemilik perniagaan ‘Home Of Champins’ berikutan menggunakan nama kumpulan tersebut untuk tujuan promosi dan perniagaannya tanpa kebenaran.

Promosi Perniagaan Guna Nama SEARCH

Menerusi sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada pihak Murai.my, SEARCH yang terdiri daripada Amy, Nasir, Nordin dan Kid bersetuju untuk turut memberikan hak nama kumpulan ini dan hasil kerja sepencarian seorang lagi ahli kumpulan mereka, Allahyarham Yazit yang meninggal dunia pada tahun 2019.Segala hak tersebut sejak tahun 1981 kini akan diberikan kepada waris-waris Allahyarham Yazit.

Bagaimanapun, Amy dan Nasir mendapat tahu baru-baru ini Mozylir telah menggunakan nama SEARCH tanpa kebenaran Nasir, Amy dan waris arwah Yazit.

“Nasir dan Amy telahmendapat tahu bahawa Mozylir Bin Mokhtaruddin/Home of Champions telah :-

(a) menggunakan nama “fenomenasearch” melalui laman web http://www.fenomenasearch.com dan menggunakan e-mel yang memakai nama domain fenomenasearch.com;

(b) menjual pakaian-pakaian dan aksesori menggunakan nama SEARCH atau imej-imej yang berkaitan dengan SEARCH melalui, antara lainnya, beberapa laman web seperti :-(i) http://www.fenomenasearch.com/shop;
(ii) https://www.facebook.com/fbhomeofchampions/;
(iii) Instagram: @homeofchampions.store; dan
(iv) Shopee @homeofchampions.store;
(c) menjual kasut “Aliph x SEARCH – Edisi 2021” atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit” jelas kenyataan tersebut

Keluarkan Tuntutan 

Berikutan itu, pihak SEARCH telah mengambil nasihat guaman dan mengeluarkan tuntutan terhadap Mozylir untuk menghentikan kegiatan-kegiatannya seperti yang tertera.



Difahamkan, Amy akan menjelaskan lebih lanjut mengenai isu yang terjadi menerusi IG Live nya @akuamysearch pada hari Jumaat(21 Mei 2021) jam 8 malam. Nantikan….

Sementara itu pihak Home Of Champions akan membuat kenyataan balas kelak.

Guna Nama SEARCH, Ahli Kumpulan Ambil Tindakan Undang-Undang

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET



Search pilih Akim ganti Amy

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker