Cahaya Lampu Solidariti Masjid Kapitan Keling terhadap Palestin

Cahaya Lampu Solidariti Masjid Kapitan Keling terhadap Palestin

Cahaya Lampu Solidariti Masjid Kapitan Keling terhadap Palestin

GEORGETOWN: Masjid Kapitan Keling di Jalan Buckingham di sini yang merupakan masjid tertua di negeri ini bermandikan cahaya lampu berwarna bendera Palestin bermula malam tadi sebagai tanda solidariti menyokong perjuangan rakyat negara itu menentang kezaliman Israel.

Setiausaha Kariah Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, usaha berkenaan adalah inisiatif Jawatankuasa Kariah Masjid untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap apa yang berlaku di Palestin.

“Lampu berwarna bendera Palestin ini akan dipasang bermula pukul 7 malam sehingga waktu Subuh. Lampu ini akan dipasang setiap hari sehingga tentera Zionis menghentikan kekejaman mereka ke atas rakyat Palestin,” katanya di sini.

Sebelum ini, beberapa mercu tanda lain seperti Komtar, Menara Kuala Lumpur, Menara Alor Setar di Kedah dan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ di Terengganu turut dilimpahi cahaya warna bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat negara berkenaan yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.



Menurut Mohamed Rizwan, selain memasang lampu berkenaan, jemaah yang menunaikan solat di masjid itu juga akan mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

“Kami juga akan mengumpul dana daripada ahli kariah untuk disumbangkan kepada tabung Palestin.

“Semoga usaha ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh saudara kita di Palestin,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya berharap rakyat negeri ini akan terus menyokong Palestin supaya mereka dapat bebas daripada kekejaman Zionis.
K Online



Cahaya Lampu Solidariti Masjid Kapitan Keling terhadap Palestin


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

[VIDEO] Solidariti Kepada Rakyat Palestin. Wisma MBSA Disinari Lampu Bendera Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker