Neelofa sekali lagi kena ‘bantai’, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka.
Neelofa sekali lagi kena ‘bantai’, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka. . PENAMPILAN Neelofa yang hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pagi tadi, sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila dia dilihat tidak memakai pelitup muka.
Beberapa keping foto yang tersebar di media sosial, jelas menampakkan bayangan sebahagian wajah pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu disebalik purdah yang dipakainya.
Ia lantas telah membuatkan warganet mempersoalkan bekas pengacara MeleTOP itu yang terang-terangan tidak memakai pelitup muka selain turut mengkritik kain fabrik purdah yang dipakainya itu terlalu nipis.
“Adakah purdah yang Neelofa pakai itu mempunyai kain pelapik sebab jika tiada, ia sama sahaja kalau tak pakai pelitup muka. Dia bertanggungjawab di bawah tindakan akta pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.
“Jelas kelihatan tiada pelitup muka disebalik purdah yang dipakai. Rasanya walaupun seorang wanita itu berpurdah, wajib untuk dia tetap pakai pelitup muka,” ciap pengguna Twitter.
Ciapan seorang pengguna Twitter mempersoalkan pelitup muka Neelofa
Untuk rekod, sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bagi wanita yang berpudah atau niqab, disarankan untuk memakai pelitup muka bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.
Kementerian Kesihatan menyarankan dua jenis pelitup muka iaitu pelitup muka perubatan tiga lapis dan pelitup muka bukan perubatan. Utv
Neelofa sekali lagi kena ‘bantai’, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka.
Baca Artikel Menarik
- MatDon lepak dengan Ronaldinho
- Petisyen Penjarakan Neelofa Bermula
- Resepi Briyani Udang Edisi Aidilfitri Ke-3
- Gelang ‘pink’ sudah digunting! Nora Danish enggan ulangi kesilapan lalu
- Aurel Hermansyah keguguran, Atta Halilintar mohon jangan ada prasangka buruk terhadap isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.