Ain Edruce Sempat Main TikTok Tunggu ‘Baby’ Keluar
Ain Edruce Sempat Main TikTok Tunggu ‘Baby’ Keluar. Pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu bapa pasti akan berasa nervous dan teruja menanti kelahiran anak sulung mereka.
Pelbagai perasaan cemas dan perit dibayangkan saat ditolak masuk ke dalam ‘labour room’, betul tak?
Tapi lain pula bagi pelakon jelita Ain Edruce yang memang dikenali ramai dengan perangainya yang ceria dan ‘happy go lucky’ sentiasa.
Menerusi perkongsian Instagramnya semalam, Ain ada berkongsi gambar menunjukkan dirinya sudah terbaring dalam bilik bersalin.
Memandangkan bayinya masih belum keluar, selebriti itu sempat bergurau bahawa bayinya masih ‘malu-malu’ seperti ibunya.
Baby belum keluar, layan TikTok dulu
Bagaimanapun, pada malam yang sama, Ain turut menarik perhatian ramai apabila dia sempat membuat video TikTok sementara menanti detik kelahiran cahaya matanya.
Menerusi aplikasi TikTok, dia berkongsi rakaman sewaktu dalam labour room dan meluahkan rasa penat gara-gara menahan perit sepanjang tempoh tersebut.
@ain.edruce Come on ain !
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mana tidaknya, dalam menahan kesakitan itu Ain masih sempat berTikTok!
First time tengok nak beranak sempat TikTok!
Baby keluar dia sebut tolong jangan rakam!
Ain bertunang dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 22 Jun 2019, pasangan ini berkahwin pada 13 Disember. Ain mengumumkan kehamilannya pada 29 November 2020.-OMM
Sumber: TikTok @ainedruce91
Ain Edruce Sempat Main TikTok Tunggu ‘Baby’ Keluar
Baca Artikel Menarik
- Mat Don lepak dengan Ronaldinho
- Petisyen Penjarakan Neelofa Bermula
- Resepi Briyani Udang Edisi Aidilfitri Ke-3
- Gelang ‘pink’ sudah digunting! Nora Danish enggan ulangi kesilapan lalu
- Aurel Hermansyah keguguran, Atta Halilintar mohon jangan ada prasangka buruk terhadap isterinya
Layari Laman Facebook My KMU NET
You must be logged in to post a comment.