Segera laksanakan ‘total lockdown’


Segera laksanakan ‘total lockdown’. Dengan kes sudah meningkat kepada 6,075 kes hari ini, apa pandangan semua jika Kerajaan Isytihar TOTAL LOCKDOWN sebagaimana PKP 1.0?

Setujukah dengan 7 prasyarat Lockdown di bawah:

Total Lockdown bermakna:

1. SEMUA WAJIB TUTUP bukan pilih-pilih seperti sekarang. Kilang-kilang besar dibenar operasi walaupun ternyata menjadi penyumbang terbesar kepada pandemik, sedangkan peniaga dan penjaja kecil seperti di Bazar pula yang ditekan untuk tutup operasi.

2. PKP juga bermakna Kerajaan perlu pertimbangkan Bantuan Khas kepada rakyat di semua peringkat dan dari segenap sektor yang terjejas kerana hakikatnya majoriti rakyat yang bekerja sendiri bahkan yang hilang pekerjaan antara yang paling terkesan bahkan lebih teruk berbanding PKP 1.0.



3. Kerajaan wajar guna kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk menggesa institusi perbankan dan kewangan menawarkan MORATORIUM selama sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 bulan bagi meringankan bebanan rakyat.

4. Jangan ada lagi dwi-standard dalam penguatkuasaan mahupun pematuhan SOP dan PKP hingga terbentuk persepsi wujud perbezaan tindakan terhadap golongan ‘kayangan’ dengan ‘marhain’.

5. Lebih baik rasa perit untuk satu tempoh singkat termasuk menutup sektor ekonomi yang terbukti menjadi penyumbang kepada penyebaran wabak, berbanding berterusan rasa payah berulang-ulang akibat pendekatan PKP yang ditanggapi ‘separuh masak’.

6. Kebimbangan terjejasnya ekonomi jika ‘Total Lockdown’ ada asasnya, tetapi keperluan untuk tangani Pandemik Covid-19 lebih mendesak. Ada kalanya kita tidak boleh mengharapkan untuk mencapai dua keadaan ideal pada satu masa.



7. Lebih baik kita utamakan tangani Covid-19 sehingga ke tahap sangat minimum daripada berterusan mengenakan perintah PKP ‘separuh masak’ yang lebih menyukarkan usaha memulihkan ekonomi untuk jangka panjang.

Asyraf Wajdi
#PemudaJurubicaraRakyat
#StaySafe
#TotalLockdown
#fightcovid19together


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET


Total ‘LOCKDOWN’ beri perkhidmatan kesihatan bernafas – Pakar Kesihatan Awam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker