Ibu dipaksa bersalin normal sehingga kepala anak putus dua

Share

BELEM, BRAZIL – Kepala seorang bayi baru lahir terputus daripada badannya dalam prosedur kelahiran gagal yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, Belem, baru-baru ini.

Insiden itu dipercayai berlaku apabila beberapa doktor memaksa ibu muda berusia 26 tahun meneran keluar bayi dalam kandungan walaupun wanita itu sudah dijadualkan bersalin secara pembedahan, lapor media tempatan.

Menurut suami mangsa, isterinya yang hamil lapan bulan tiba di pusat perubatan itu pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) dari sebuah hospital lain di bandar Qurem untuk menjalani pembedahan Caeserean secara elektif.

Wanita malang itu dilaporkan menunggu selama tiga jam sebelum dibawa ke dewan bersalin untuk melahirkan bayinya secara semulajadi.

“Pihak hospital Qurem memberi kami surat yang menyatakan anak kami hanya boleh dilahirkan secara pembedahan kerana masalah kesihatan bayi dalam kandungan.

“Apabila kami tiba di hospital ini, mereka menyuruh isteri saya bersalin secar normal. Mereka menarik kepala anak saya terlalu kuat sehingga kepalanya terputus dari badan,” kata lelaki itu kepada media.

Doktor kemudiannya membius mangsa dan menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan sisa badan anaknya yang tertinggal dalam rahim.

Mangsa sudah dimaklumkan tentang kematian anaknya namun tidak diberitahu bagaimanakah bayi itu meninggal dunia.

Salah seorang anggota perubatan mendakwa bayi dalam kandungan wanita itu sudah meninggal dunia sebelum dia diarahkan bersalin secara normal.

Satu laporan polis tentang insiden ini sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. – Agensi-K’Online

Sumber: The Sun UK

15 bayi lahir pada Hari Malaysia

Leave a Reply