Najib tegur kerajaan perlu wajibkan kuarantin 14 hari dari semua negara

Bekas perdana menteri Najib Razak menyarankan supaya kerajaan menaikkan tempoh kuarantin menjadi 14 hari kepada semua pengembara antarabangsa, dan bukannya terhad kepada pengembara dari 39 negara seperti disenaraikan.

Kecuali pengembara dari India yang dikenakan kuarantin 21 hari, katanya, lebih wajar untuk Malaysia memansuhkan senarai 40 buah negara tersebut untuk digantikan dengan perlaksanaan tempoh kuarantin 14 hari secara pukal bagi semua negara.

“Saya amat bimbang dengan kelonggaran tempoh kuarantin tujuh hari sahaja yang masih diberi kerajaan kepada negara-negara yang tidak ada dalam senarai 40 buah negara tersebut,” kata Najib dalam hantaran di Facebook hari ini.



Anggota Parlimen Pekan itu berkata, walaupun langkah itu mungkin terlambat empat bulan, kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertindak betul apabila menaikkan semula tempoh kuarantin wajib bagi pengembara dari 40 buah negara dari tujuh hari ke 14 hari mulai 29 April lalu.

Menurutnya, senarai 40 buah negara itu merangkumi negara yang dikesan mempunyai kes Covid-19 membabitkan varian B.1.351, varian B.1.1.7 dan varian UK B.1.1.7.

Hulk (Mark Ruffalo) ajak dunia sekat, boikot Zionis



“Pelawat dari negara yang tidak dinamakan dalam senarai 40 buah negara tersebut pula masih hanya dikenakan kuarantin wajib selama tujuh hari.

“Namun saya baca WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) berkata bahawa varian India saja sudah dikesan di 44 buah negara – iaitu sudah melebihi angka 40 buah negara dalam senarai Malaysia,” kata Najib.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengeluarkan kenyataan bahawa 66 kes varian Afrika Selatan dan lima kes varian India sudah pun dikesan di Malaysia.

“Keadaan Covid-19 Malaysia pada ketika ini juga sudah kritikal dan kita tidak patut naikkan lagi risiko pada negara,” katanya.




Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Tentera Bawang Malaysia Sertai Perjuangan Bela Palestin Gaza



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker