Takbir Aidilfitri tetap bergema di bumi Palestin
Takbir Aidilfitri tetap bergema di bumi Palestin. Kanak-kanak Palestin sepatutnya bergembira seperti rakan seusia seluruh dunia dengan memakai baju baharu sempena sambutan lebaran Aidilfitri dan menandakan berakhirnya Ramadan tahun ini.
Sekurang-kurangnya, hari ini mereka sepatutnya sedang berpelukan merayakan hari mulia umat Islam bersama keluarga di rumah.
Namun, tentera zionis Israel memusnahkan harapan mereka dengan bertindak melampaui batas dan mengebom serta meningkatkan serangan udara terhadap insan tidak berdosa sejak Isnin.
Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi berkata, pertempuran berlaku di hampir setiap inci tanah warga Palestin yang bertindak balas terhadap serangan zionis.
Katanya, walaupun kemusnahan jelas kelihatan di muka bumi Gaza seperti dilanda tsunami dengan jalan rosak umpama kawah akibat pengeboman zionis, namun takbir terus berkumandang di bumi anbia itu.
Penduduk Muslim tidak gentar untuk bertakbir bagi meraikan Aidilfitri dan gema takbir kedengaran sepanjang jalan menuju ke masjid.
Setakat 10 pagi tadi, katanya, 69 orang awam Palestin terbunuh dalam tindakan agresif zionis di Semenanjung Gaza.
Mangsa yang syahid termasuk 17 kanak-kanak, tujuh wanita dan warga emas selain 388 orang awam dilaporkan cedera.
Jumaat lalu, serangan rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah di Masjid Al-Aqsa turut menyebabkan kematian dan kecederaan. HM
Takbir Aidilfitri tetap bergema di bumi Palestin
Baca Artikel Menarik
- Resepi Terung Goreng Berlada Sedap
- Rahsia Laksa Utara Padu & Pekat Style Orang Niaga
- Resepi Kek Marble Lembap
- Uqasha Dan Kamal Sudah Bernikah!
- Resepi Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur
- Resepi Rendang Daging Hari Raya
Layari Laman Facebook My KMU NeT
You must be logged in to post a comment.