Malam Syawal Palestin berdarah, rakyat Malaysia titip doa

Sebaran :

Malam Syawal Palestin berdarah, rakyat Malaysia titip doa
Malam Syawal Palestin berdarah, rakyat Malaysia titip doa. Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Aidilfitri termasuk dalam suasana PKP, namun ternyata rakyat Palestin berhadapan dengan ujian lebih besar iaitu perlu berhadapan serangan Israel.

Menerusi Twitter, meskipun masing-masing dalam “mood” Hari Raya, namun rata-rata warganet tetap menitipkan doa buat rakyat Palestin yang terpaksa menyambut Syawal dalam suasana getir.

Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Fitrie menulis ucapan hari raya berserta peringatan agar orang ramai mendoakan kesejahteraan rakyat di Palestin.

“Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin..tolong jangan lupa doakan saudara Islam kita yang berada di Palestin,” tulis Fitrie.

Pengguna Twitter dengan nama akaun Asyraf pula dalam nukilannya meminta orang ramai ketepikan sebentar perasaan sedih tidak pulang beraya di kampung dengan meluangkan masa berdoa dan menyumbang kepada Palestin.

“Luangkan beberapa minit dan ketepikan sebentar perasaan sedih anda tidak dapat pulang beraya di kampung disebabkan PKP. Tolong, terus berdoa untuk saudara kita di Palestin dan menyumbang sebanyak mana yang mampu,” tulisnya.

Sementara itu, dalam hantaran di Twitter yang turut menyertakan tangkapan skrin, pengguna dengan nama akaun Iqbal sempat mempersoal sikap rakyat Malaysia yang prihatin tetapi kurang gemar dengan kemasukan pelarian di negara ini.

Memetik laporan Berita Harian, lebih 1,000 roket ditembak ke arah Israel oleh pejuang Palestin di Gaza sejak Isnin lalu, berikutan peningkatan ketegangan menyusuli rusuhan di Masjid Al-Aqsa Jumaat lalu.

Setakat jam 7 petang tadi, pertempuran terburuk dalam tujuh tahun lalu itu mengorbankan 48 penduduk Gaza termasuk 14 kanak-kanak manakala dua lagi penduduk Palestin dan lima warga Israel terbunuh di Tebing Barat. FMT

Malam Syawal Palestin berdarah, rakyat Malaysia titip doa

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Isu Palestine: Hadi dikritik netizen


Sebaran :

Leave a Reply