BIADAP! Berita Mandarin RTM gelar Hamas militan



Sebaran :

‘Adakah RTM juga sebahagian daripada Zionis tabur propaganda jahat terhadap pejuang?’

Mantan Ahli Jawatankuasa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim menegaskan, Hamas bukan pengganas, sebaliknya mereka adalah pejuang yang bermatian mempertahankan tanah air dan saudara mereka yang dijarah penjajah Zionis Israel sejak berabad lamanya.

“Adakah RTM juga adalah sebahagian daripada Zionis yang menabur propaganda jahat terhadap pejuang yang mempertahankan tanah air mereka? 

“Atau editor bahagian berita Cina cuba sabotaj RTM di sini? Di saat umat Islam dan dunia seluruhnya menabur simpati, bagaimana sebuah stesen milik kerajaan boleh menyiarkan berita sebegini jahat terhadap Hamas.

Tengkorak, serpihan tulang disyaki milik warga emas hilang dijumpai 500m dari rumah

“Tidak bolehkah kita berfikir sejenak; bagaimana mungkin apabila rumah kita dirompak, ibu dan ayah kita dibunuh, kemudian kita yang memperjuangkan hak pemilikan rumah tersebut dilabel pengganas dan yang merompak memaksa semua ahli taman supaya mengiktiraf penjajahan dan pencabulan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau menegaskan, siasatan rapi mesti dibuat dan pihak bertanggungjawab mesti tampil memohon maaf dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Terdahulu, berita Mandarin yang disiarkan RTM menyatakan, “Kumpulan militan Hamas di Gaza telah melancarkan beberapa roket ke arah Jerusalem dan selatan Israel.

“Menyebabkan tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat Hamas di utara Gaza,” kata pembaca berita.

Video Player

00:00
00:23

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu Palestine: Hadi dikritik netizen

 


Sebaran :


Leave a Reply