Lans koperal direman minta suapan tutup jenayah rogol


KEMAMAN – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal direman selama empat hari disyaki meminta suapan sebanyak RM5,000 sebagai dorongan untuk tidak membuat laporan polis berhubung kes rogol seorang wanita.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Mustapha pada Isnin selepas membenarkan permohonan daripada Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurdiana Zainal bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu.

Suspek berusia 26 tahun itu direman selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis atas kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 dan penjara tidak melebihi 20 tahun.



Anggota polis yang bertugas di Balai Polis Dungun itu ditahan SPRM kira-kira jam 3.15 petang pada Ahad di bandar Dungun.

Dia ditahan sejurus menerima wang tunai berjumlah RM2,500 daripada seorang lelaki berusia 21 tahun.

Berdasarkan siasatan, suspek berusia 26 tahun itu meminta suapan bernilai RM5,000 daripada lelaki berkenaan pada Rabu.

Habuan itu diminta untuk tidak memanjangkan dan melaporkan kes rogol yang dilakukan lelaki terbabit terhadap seorang wanita.



Suspek kemudiannya bersetuju menerima sebahagian daripada wang suapan yang diminta pada petang Ahad. Sinar

SPRM cari tiga bekas anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker