“Berat Sungguh Ujian Allah Beri Pada Saya..” 6 Orang Ahli Keluarga Nadia Brian Positif COVID-19

“Berat Sungguh Ujian Allah Beri Pada Saya..” 6 Orang Ahli Keluarga Nadia Brian Positif COVID-19

Keluarga Nadia Brian Positif COVID-19

Pelakon Nadia Brian ada berkongsikan berita duka apabila enam orang ahli keluarganya telah disahkan positif COVID-19, baru-baru ini.

Nadia yang dihubungi media memaklumkan mengenai perkara itu dan turut kedengaran menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan kesedihan apabila mendengar perkhabaran itu.

Keluarga Nadia Brian Positif COVID-19Difahamkan antara yang telah didapati positif wabak itu adalah ibu, nenek, abang ipar, anak buah dan ibu saudara Nadia Brian yang disahkan menghidap COVID-19 pada hari jumaat yang lalu.

“Nenek saya yang berusia 75 tahun harini pihak KKM akan datang ambil untuk dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Ahli keluarga yang lain sudah ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), semalam.”

“Berat Sungguh Ujian Allah Beri Pada Saya..” 6 Orang Ahli Keluarga Nadia Brian Positif COVID-19

Ujar Nadia lagi, keputusan ujian calitan untuk dirinya negatif namun terpaksa dilakukan sekali lagi untuk kepastian pada 10 Mei nanti.

Dalam pada itu, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini memohon doa orang ramai dan juga peminat agar mendoakan kesembuhan ahli keluarganya.

“Saya mohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan kesembuhan ahli keluarga saya. Ya Allah..berat sungguh ujian yang diberikan kepada saya..” ujarnya mengakhiri temubual.

Terdahulu, Nadia dan keluarga dilaporkan menjalani ujian calitan pada 5 Mei lalu selepas adik kandungnya telah mengalami demam sebelum disahkan positif COVID-19.

Keluarga Nadia Brian Positif COVID-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker