Pemain Kedah dan JDT bertempur lagi, apa sudah jadi?

PETALING JAYA: Semua pihak diminta tidak menjadi batu api dalam insiden pergaduhan me­libatkan Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super, Selasa lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, dalam keadaan penuh emosi, pergaduhan yang berlaku lumrah dalam bola sepak.

“Satu, ia aksi melibatkan dua pasukan teratas merebut gelaran, emosi yang tinggi, pe­nalti saat-saat akhir dan memang akan ada perkara di luar jangkaan berlaku.



“Saya rasa tidak wajar kita (orang luar) hangatkan lagi ke­rana ia boleh diselesaikan secara baik di luar padang. Kedua-dua jurulatih pun telah memberi komen profesional berhubung insiden itu.

“Apa pun, kami akan me­nunggu laporan daripada pegawai perlawanan atau pengadil. FAM akan mengambil tindakan jika perlu,” katanya semalam.

Kekecohan berlaku sebaik saja tamat babak pertama apaLig bila kem JDT menerpa ke tepi padang bagi mendapatkan Aidil Sharin Sahak berikutan berlaku perang mulut antara jurulatih Kedah itu dengan penyerang mereka, Gonzalo Cabrera.

STUART RAMALINGAM

Perang mulut itu dilihat berlanjutan hingga ke dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain, namun segalanya reda sebelum perlawanan bersambung.



Kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan JDT beraksi ala samseng ketika menentang skuad Lang Merah.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, Harimau Selatan langsung tidak menghormati tuan rumah biar pun bertandang ke tempat orang.

“Saya dapat satu kesimpulan iaitu JDT ini dia main ala ‘samseng’ sikit’, macam kasta kayangan. Tengoklah semalam ada satu insiden yang hampir berlaku pergaduhan di mana mereka datang kepada jurulatih serta pemain kita, dan buat-buat ‘cengei’ (bengis)

Cukup-cukuplah cari salah orang lain – Asyraf



“Dia datang stadium kita, kampung kita tetapi dia tak hormat langsung kita. Kena ingat, orang Kedah ini buat tenggala (bajak) bendang dan memukul padi di bendang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Stuart memberitahu, skuad Harimau Malaya bersemangat untuk mengharungi baki tiga aksi Kumpulan G serta tidak menjadikan Covid-19 sebagai alasan gagal mampamerkan aksi terbaik dalam kempen tersebut biarpun sudah 18 bulan tidak beraksi.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan melengkapkan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech pada Isnin depan.



Penerima BPR bakal terima RM180, RM300 dalam Jaringan Prihatin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker