“Ikutkan Kavita Sidhu Ni Geng Kayangan, Tapi Banyak Tunjuk Benda2 Positif Sebagai Public Figure” -Netizen

Sebaran :

Isu selebriti yang dilabel sebagai geng kayangan rasanya tidak habis lagi di bahas oleh netizen. Pelbagai tindakan ‘merepek’ sesetengah daripada mereka telah mengundang amarah orang ramai lebih-lebih lagi berkaitan kepatuhan terhadap SOP.

 

Namun, masih ada lagi selebriti yang mendapat perhatian netizen apabila kerap melakukan perkara positif dan sama-sama membantu ‘mendidik’ orang lain melakukan kebaikkan.

Beri contoh yang baik sebagai public figure

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai m.fairuz.j, dia telah memuat naik beberapa tindakan rasional pelakon Kavita Sidhu yang memberi gambaran baik sebagai seorang public figure.

Promosikan pakaian kebangsaan

Suka sebarkan mesej2 baik

Hormat setiap agama

Tak rentas negeri, bercuti dalam negeri

Circle yang baik2 jugak

Eksklusif selebriti ni

Perkongsian yang dibuat oleh m.fairus.j ini disetujui oleh pengguna Twitter yang lain dengan mengakui bahawa apa yang ditunjukkan Kavita Sidhu merupakan satu langkah yang baik dalam mengajak orang ramai mematuhi SOP serta melakukan perkara positif.

Hal ini sedikit sebanyak menjelaskan tidak semua golongan kayangan meletakkan ‘otak di lutut’ dengan melakukan tindakan-tindakan yang mencerminkan persepsi buruk kepada masyarakat.

Ni baru betul function influencers

Patut jadi contoh artis2 baru

Selalu naik private jet, memang kaya dia ni

Beauty with brain & attitude

Sumber: OMM &  m.fairus.j

3 Kelebihan Jadi Golongan Kayangan, Popular Dan ‘Kabel Besar’ Dalam Malaysia!


Sebaran :

Leave a Reply