Idris Harun ajak Nicole berdebat

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyatakan kesediaan berdebat dengan kepemimpinan MCA secara langsung di mana-mana forum secara virtual atau bersemuka.

Cabaran itu hadir susulan kenyataan Ketua Pemudanya, Datuk Nicole Wong Siaw Ting yang mendakwa Idris telah menggadai keperibadian dan prinsip kerana secara terbuka menyokong kerjasama antara UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerjasama politik baharu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu berkata, MCA perlu berpijak di bumi nyata dengan merenung kembali sokongan masyarakat Cina kepada mereka sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).



Idris berkata, paling ketara apabila hampir semua calon MCA tewas di kawasan majoriti Cina di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Secara faktanya, kenyataan saya itu sememangnya pahit tetapi ia mesti ditelan oleh beliau (Nicole) dan saya bersedia menjadi tidak popular kerananya. MCA terbukti ketandusan sokongan masyarakat Cina sejak PRU-12.

PKP: Kenapa ‘serang’ Ismail Sabri, apa masalahnya?



“DAP kelihatan jelas mengambil peranan MCA. Lebih buruk daripada itu, calon-calon MCA juga ditolak di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang sebelum ini sebagai kawasan harapan mereka.

“Nicole perlu lebih bimbang dengan defisit sokongan orang Cina terhadap MCA daripada sibuk memikirkan kawasan majoriti Melayu mana perlu dituntut daripada UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.

Baru-baru ini, Nicole seperti dilaporkan sebuah portal berbahasa Mandarin memberikan reaksi kurang senang dengan kenyataan Idris yang menyatakan MCA adalah lebih teruk daripada DAP daripada segi patriotisme.

Sebelum itu, dalam wawancara Lima Soalan bersama Utusan Malaysia, Idris menyatakan pendiriannya berhubung kemungkinan kerjasama di antara UMNO dengan DAP dalam pilihan raya akan datang. – UTUSAN ONLINE



Tiada Beza Peniaga Melayu Tanpa Permit Di Kuala Lumpur Dengan Anjing Kurap!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker