Terima ugutan bunuh, Dolla akui lebih matang


“Saya pernah menerima mesej berbaur ugutan dan gambar titisan darah menerusi mesej peribadi di media sosial.

“Malah, saya juga pernah menerima ancaman ‘bunuh’ gara-gara gaya rambut yang dikatakan mempunyai persamaan dengan Lisa BLACKPINK”.

Begitulah komen Syasya salah seorang anggota kumpulan Dolla apabila berkongsi pengalaman pernah tertekan berhadapan dengan pelbagai kecaman daripada golongan ‘haters’ di media sosial.

Ditambah, pada awal kemunculan Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby, mereka cukup mendapat perhatian ramai selepas dikaitkan sebagai ‘jelmaan’ BLACKPINK.



Sabronzo berkata semua dakwaan yang pernah dikaitkan dulu, sudah berlalu seiring waktu. Dolla mempunyai personaliti kami sendiri dan tak ada unsur-unsur ‘meniru’ Blackpink pun.

“Kebanyakan peminat kami sekarang, dah nampak personaliti dan muzik Dolla yang sebenar. Alhamdulillah, kami juga mendapat sokongan padu daripada kelab peminat Dolla,” katanya.

Populariti Dolla yang kini memuncak, turut memberi peluang kepada mereka mendapat kerjasama daripada syarikat terkenal seperti Samsung dan juga TikTok Malaysia.

Menariknya juga, Dolla turut mendapat penghargaan apabila wajah mereka diabadikan dalam lukisan mural yang terletak di Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur. Wc



Dolla tumpang tuah Blackpink

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker