Hormatlah, jangan samakan mufti dengan orang politik



Sebaran :

Kemungkinan ada agenda merendah-rendahkan golongan agamawan?

 Baru-baru ini kecoh apabila Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah memberikan jawapan ‘haram langgar larangan rentas negeri beraya di kampung’.

Ramai netizen tidak berpuas hati, walhal mufti menjawab dan mengulas berdasarkan soalan – apa hukumnya orang yang merentas sempadan sedangkan kerajaaan telah melarangnya.

Jawapan Dr Luqman jelas ia haram kerana melanggar perintah ulul amri, di samping mungkin akan membawa kemudaratan.



Atas sebab itu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar menasihatkan netizen untuk berhati-hati dan menjaga adab dengan golongan alim ulama Islam ketika meninggalkan komen di laman media sosial.

“Hormatilah beliau sebagai seorang mufti. Itu pandangan beliau, bukan fatwa. Takkanlah kita nak mufti jawab semua perkara walaupun tidak ditanyakan.

“Nanti orang kata apa pulak mufti ni tanya satu soalan jawab seratus,” katanya.



Fitnah Anwar, TV3 perlu bayar Presiden PKR 600 ribu ringgit

Zainul Rijal tidak menolak kemungkinan terdapat juga agenda merendah-rendahkan agamawan termasuk mufti kerana mahu mempromosi golongan modernis dan liberal.

Katanya, mufti membuat sesuatu pandangan dalam perkara perkara yang bersifat ijtihadi iaitu yang mana tiada pandangan sebelum ini, ataupun terdapat pandangan yang berbeza.

Justeru, tidak seharusnya mufti diherdik kerana perbezaan pandangan tersebut.



“Jangan samakan jawatan mufti dengan jawatan lain seperti jawatan politik. Bacalah pandangan tersebut dengan teliti dan selagi mana ia didasari dengan nas, janganlah kita menyanggahnya.

“Bahkan, netizen perlu berhati hati dan tidak terikut dengan rentak orang politik yang sentiasa berantakan. Jika suatu pandangan itu dihasilkan dengan ilmu, ia seharusnya dihormati. Janganlah bangkitkan isu-isu lain yang tidak ditanyakan kepada beliau,” katanya.

Kongres PKR terbuka bahas isu Audio Anwar-Zahid dan kerjasama UMNO – Saifuddin Nasution


Sebaran :


Leave a Reply