Bayi 11 bulan maut dipercayai terjatuh dari tingkap

Sebaran :


Bayi perempuan 11 bulan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkap bilik tingkat tiga Blok D, PPR Sri Aman, Jalan Aman Putra, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di katil bahagian atas bersebelahan tingkap yang berada dalam bilik pertama rumah.

“Tingkap di dalam bilik tersebut tidak mempunyai pagar dan katil telah diletakkan di tengah tingkap tanpa sebarang halangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata, mangsa telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Selayang, Selangor untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.

“Ibu mangsa telah membawa mangsa ke Hospital Selayang, Selangor untuk mendapatkan rawatan dan apabila tiba di Unit Kecemasan Hospital Selayang, mangsa telah disahkan meninggal dunia.

“Hasil laporan bedah siasat yang dilakukan mendapati kematian berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.”

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2206, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. FMT

Bayi 9 bulan maut dipercayai dibunuh pengasuh


Sebaran :

Leave a Reply