Bas jatuh gaung, 16 maut

RIO DE JANEIRO – Sebuah bas di Brazil terjunam dari sebuah jejambat pada ketinggian 20 meter semalam selepas mengalami masalah brek lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh, menurut pihak berkuasa.

Kira-kira 27 lagi penumpang dilaporkan cedera dalam insiden yang berlaku dekat bandar Joao Monlevade di negeri Minas Gerais.

Beberapa gambar yang dikongsi anggota bomba menunjukkan bas dengan kerosakan teruk di bawah jejambat berkenaan.



Pemandu bas itu dikatakan hilang kawalan kenderaannya dan didakwa berpunca daripada kegagalan sistem brek berfungsi, kata pihak berkuasa.

Seramai enam orang termasuk pemandu bas sempat keluar dari kenderaan itu sebelum ia terjunam ke bawah, menurut Jabatan Bomba.

Seramai 16 orang maut manakala 27 lagi cedera dalam nahas bas di Brazil. – AFP

Pada 25 November lalu, seramai 41 orang terbunuh dalam nahas membabitkan sebuah bas dan lori dekat bandar Taguai di Sao Paulo.

Secara purata, seramai 30,000 orang terbunuh setahun antara 2015 dan 2019 dalam kemalangan jalan raya di Brazil, kata pegawai Kementerian Pengangkutan. – AFP



Wanita Maut Dihempap Kenderaan Terjunam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker