No komen – Hael Husaini

No komen – Hael Husaini

Umpama lapang sasar, peluru kecaman ditembak bertubi-tubi ke arah penyanyi dan komposer sensasi, Hael Husaini, 34, sejak akhir-akhir ini.

Setiap gerak geri atau perbuatan dilakukan, ada sahaja komen negatif dilemparkan sama ada dalam menjalani kehidupan seharian mahupun paparan media sosial.

Selepas isu penampilan persis bintang K-Pop jadi buah mulut, terkini komen ditinggalkan penyanyi lagu Jampi dan Haram dalam Instagram (IG) milik aktor kacak dari Thailand, Gulf Kanawut yang pernah membintangi drama yang mengangkat hubungan sejenis turut mengundang spekulasi nakal netizen.

Namun, Hael terus mengunci mulut memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan sehingga hari ini.

Berpeluang menemubual pemilik nama lengkap Hal Husaini Razmi, soalan panas itulah diajukan kepadanya.

Mengulas penampilannya seperti bintang K-Pop sehingga ada yang mendakwanya menggunakan teknologi moden demi untuk mendapatkan bentuk wajah dan kulit putih melepak seperti ‘oppa’, Hael enggan mengulas perkara itu.

Sebaliknya, penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan itu mendedahkan, gaya dan penampilannya ditentukan oleh penata gaya.

“Jujurnya, saya memang tidak pandai berfesyen atau melaram. Imej dan penampilan saya semuanya ditetapkan penata gaya. Jadi, lebih baik saya serahkan pada pakar.

“Dengan adanya bantuan penata gaya, peluang untuk saya bekerjasama dengan jenama antarabangsa semakin terbuka luas.

“Saya pun tidaklah terlalu obses dengan kecantikan. Cuma, sebagai selebriti, saya kena sentiasa menjaga penampilan,” katanya.

Berhubung isu komen dalam IG Gulf Kanawut yang tular, baru-baru ini, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-10 itu memilih untuk mengunci mulut.

“Saya tak nak jawab,” kata Hael ringkas.

Disebabkan sering dihambat kontroversi, timbul juga dakwaan Hael cuba mengelak daripada ditemubual media berikutan tindakannya tidak menjawab panggilan dan membalas mesej dihantar.

Saat diajukan pertanyaan itu kepada empunya diri, Hael menepis dakwaan dengan menegaskan tidak pernah mempunyai masalah dengan wartawan.

“Rakan wartawan masih kawan saya. Alasan kenapa sukar dihubungi kerana saya sudah empat tahun tidak mempunyai telefon bimbit.

“Saya juga jarang menggunakan media sosial. Segala kemas kini dalam media sosial diuruskan syarikat pengurusan. Jadi, sebarang urusan temubual juga diuruskan mereka.

“Saya selesa cara ini kerana mereka hanya memaklumkan perkara penting yang membabitkan soal kerja.

“Segala komen negatif juga akan tapis. Bukanlah nak kata saya kalis kecaman, tetapi saya seorang yang cepat runsing.

“Jadi, lebih baik saya tidak membaca atau mengambil tahu komen negatif. Saya mahu lebih fokus pada kerjaya,” katanya.

Live In KL yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Disember depan, Hael berkata, ada banyak elemen menarik yang bakal disajikan kepada penonton.

“Saya jenis jika melakukan sesuatu, akan buat sehabis baik. Disebabkan itu, saya tidak lokek berbelanja lebih bagi memastikan konsert solo ini dapat menghiburkan penonton.

“Ada banyak elemen menarik yang akan disajikan kepada penonton. Mungkin saya akan mencipta lagu secara ‘ live’ atas pentas pada malam ini.

“Perkara ini pernah berlaku apabila lagu Kelentang Kelentung dihasilkan ketika menjayakan sebuah program televisyen di Jakarta, Indonesia.

“Sebagai penggemar fesyen, tak mustahil juga saya berganti pakaian untuk setiap lagu dinyanyikan. Dan siapa tahu, mungkin ada penyanyi yang akan saya terbangkan sebagai artis undangan,” kata Hael yang masih berteka-teki.

Mengulas konsep persembahan, Hael berkata, keunikan konsert yang julung kali diadakan ini menerusi gubahan muzik yang bakal ditampilkan.

“Saya terkejut apabila masuk studio dan mendengar susunan muzik digubah pengarah muzik, Sze Wan.

“Boleh dikatakan malam ini peminat akan hilang suara kerana menyanyi bersama saya. Muziknya pula akan membuatkan mereka perlu menggayakan kaca mata hitam,” cerita Hael.

Tiket menyaksikan Hael Husaini Live In KL boleh didapati menerusi laman sesawang, haelhusaini.ubertickets.my

No komen – Hael Husaini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker