Bakal pengantin dikhuatiri lemas

Gambar Hiasan

ARANG: Seorang bakal pengantin dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Kelulut, di sini, petang tadi.

Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, hari ini.

Pasangan itu dijadualkan bernikah di kediaman Fatin Nabilah Huda di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong, di sini jam 10 pagi.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa dikatakan mandi sebelum ditarik ombak kira-kira jam 6.40 petang.

Bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, berkata, dia yang sedang memasang khemah untuk majlis berkenaan dimaklumkan anaknya mengenai kejadian menimpa bakal menantunya.

“Kami kemudian bergegas ke tempat kejadian selepas solat Maghrib dan berjumpa dengan ahli keluarga besan.

“Kita reda dengan apa yang berlaku dan berharap mangsa segera ditemui,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian Pantai Kelulut di sini, hari ini.

Menurut Ismail lagi, pasangan itu bertunang bulan lalu selepas berkawan selama beberapa tahun.

Rogol pengantin baharu, perogol tak mengaku

“Mereka sampai di sini semalam dan segala persiapan sudah dibuat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kini difokuskan di kawasan pesisir pantai dengan pencarian merangkumi jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Katanya, keadaan laut bergelora dan ombak kuat menyebabkan selain keadaan cuaca yang gelap menyebabkan operasi dibuat pesisir pantai.

“Operasi akan disambung jam 7 pagi ini,” katanya.

Nelayan dikhuatiri lemas jatuh bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker