Walau tidak berkawan kita tak boleh bermusuh, PAS beritahu Umno

Walau tidak berkawan kita tak boleh bermusuh, PAS beritahu Umno

PAS sentiasa terbuka untuk berunding dengan Umno sekiranya parti itu ingin menjalinkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan berkata kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang juga hanya mempereratkan lagi hubungan dalam Perikatan Nasional (PN) tetapi tidak pernah menyatakan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Umno.

“Kalau perhati betul-betul kenyataan daripada presiden PAS, tidak ada sebab apabila kita menyebutkan penyatuan ummah, bererti (kita) tidak boleh bermusuh. Walaupun tidak boleh berkawan (sebagai satu gabungan parti) tetap tidak boleh bermusuh.

“Ya kita bersedia, kami sentiasa terbuka untuk sebarang rundingan atau perbincangan pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media majlis penutup Program Pendakian 121 Puncak di Taman Eko Rimba.

Ketika ditanya mengenai adakah PAS terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), beliau berkata parti itu mengekalkan pendirian untuk tidak mempunyai “hubungan” dengan parti itu pada PRU15.

Sementara itu ketika ditanya mengenai pengagihan kerusi, Takiyuddin berkata ia akan dimuktamadkan beberapa hari sebelum penamaan calon. FMT

Walau tidak berkawan kita tak boleh bermusuh, PAS beritahu Umno


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker