Azalina ‘ajar’ Takiyuddin tentang peranan parlimen


Sidang Parlimen: Kenyataan Takiyuddin ibarat melepaskan batok di tangga

KENYATAAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa pentabiran Kerajaan boleh dipantau oleh pihak penguatkuasa sepanjang darurat berlangsung ibarat pepatah melepaskan batok di tangga.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said mempersoalkan sama ada kenyataan Ahli Parlimen Kota Baharu itu mengatasi dapatan perundangan yang telah diberikan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Saya turut menyatakan kenyataan YB Kota Bharu bahawa pentadbiran oleh Kerajaan boleh terus dipantau oleh pihak penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah bagaikan melepaskan batok di tangga.

“Sebaliknya saya boleh faham mengapa Pengerusi PAC YB Ipoh Timur telah bertanya YB Kota Bharu pada 26 April 2021 bagaimana Kerajaan boleh dipantau sekiranya prosiding dan mesyuarat PAC digantung.

“Adakah kenyataan media oleh YB Kota Bharu mengatasi dapatan perundangan yang telah diberikan oleh pihak Peguam Negara dan bererti bahawa aktiviti-aktiviti Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan di Parlimen juga boleh diteruskan,” kata Azalina.

Dalam satu kenyataan hari ini Azalina berkata, keputusan Kerajaan untuk menggantung Parlimen melalui Seksyen 14 Ordinan Darurat nombor 1 secara langsung dan tidak langsung telah menjejaskan kesinambungan dan kelestarian doktrin pemisahan kuasa dan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Ahli Parlimen Penggerang itu turut meminta supaya Takiyuiddin menjawab beberapa persoalan.

“Tidakkah sistem demokrasi berparlimen dalam negara ini seolah tidak lagi wujud memandangkan badan Eksekutif bukan lagi bertanggungjawab kepada Parlimen?

“Jika Eksekutif seakan-akan tidak lagi bertanggungjawab kepada Parlimen selaras dengan konsep sistem demokrasi berparlimen, kepada siapakah badan Eksekutif bertanggunghjawab?” tanya beliau.

Azalina turut tidak bersetuju Takiyuddin menyamakan peranan Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat Nombor 1 dengan dengan institusi Parlimen.

Tegasnya, Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi negara bagi kerajaan meluluskan dan meminda undang-undang, menyoal dasar-dasar kerajaan, meluluskan bajet dan cadangan cukai.

“Sebaliknya Jawatankuasa Khas Bebas hanya sekadar tanggungjawab untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong sama ada Darurat perlu diteruskan atau tidak.

“Sekiranya YB Kota Bharu membayangi bahawa Jawatankuasa Khas Bebas akan menggantikan peranan dan fungsi Parlimen, tidakkan YB Kota Bharu merasakan lebih baik jika suatu Ordinan dimasyurkan supaya suatu Jawatankuasa Bebas 2.0 baru yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ditubuhkan untuk memainkan peranan tersebut,” tanya Azalina.

Dua hari lalu Takiyuddin berkata, Kerajaan memberi jaminan Parlimen akan segera dipanggil bersidang apabila tiba masa yang sesuai, kerana keutamaan ketika ini ditumpukan kepada usaha mengawal serta mencegah wabak COVID-19.

Mengulas lanjut, Takiyuddin memaklumkan bahawa ketika darurat berkuat kuasa, semua pihak termasuk pembangkang, masih boleh menyalurkan sebarang pandangan kepada kerajaan melalui saluran dibenarkan.

“Ini termasuk melalui Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan menerusi Ordinan Darurat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai hal berkaitan kuat kuasa darurat.

“Pada masa sama, tidaklah wajar wujud kesangsian atau syak wasangka bahawa berlaku salah guna kuasa, kerana sistem kerajaan berfungsi seperti biasa termasuk dalam aspek pemantauan pentadbiran oleh pihak penguat kuasa, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC). SM

Takiyuddin: Parlimen tak bersidang 2 tahun ketika darurat 1969

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker