ADIRA CANTIK PAKAI NIQAB & ABAYA – NETIZEN PUJI


Penyanyi Adira Suhaimi baru-baru ini menerusi laman Instagram telah memuatnaik gambar dan video pendek dirinya mengenakan niqab dan abaya. Perkongsian tersebutn nampaknya menarik perhatian orang ramai.

Adira atau nama sebenar Siti Adira Suhaimi, kelihatan amat manis dengan penampilan yang sopan, memakai abaya dan niqab bewarna nude pemberian daripada rakan selebriti, Siti Sarah. Adira tampak manis mengenakan niqab dan jubah yang diberikan oleh Siti Sarah

Isteri kepada pelawak dan usahawan Bubble Bee, penyanyi Siti Sarah tidak lupa meninggalkan komen di ruangan komen gambar dan video pendek yang dimuatnaik di laman Instagram Adira: “Adik Masyaallah adik cantiknya sayang,” tuturnya

Para peminat juga turut meninggalkan komen positif dan memuji kecantikan penyanyi yang berusia 30 tahun itu, malah peminat juga mendoakan Adira terbuka hati untuk kekal berpakaian seperti itu satu hari nanti.

Penyanyi Siti Sarah Menangis Jumpa Tok Batin Buat Permohonan Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker