Ismail: Kompaun RM50,000 terhadap peniaga tak patut berlaku


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob menjelaskan tindakan kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap kes tular peniaga ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)itu berada di luar bidang kuasanya.

Pun begitu, secara peribadi dia menganggap hal itu tidak patut berlaku.

“Tentang (kompaun) RM50,000 tu saya rasa dah heboh satu negara dan seperti kita tahu yang hukuman ini adalah bawah bidang kuasa KKM dari segi pengurangan dan sebagainya.

“Tadi saya lihat sendiri melalui media bahawa Menteri Undang-undang (Takiyuddin Hassan) telah memberi penjelasan bahawa saman RM50,000 itu adalah keterlaluan.

“Sebab telah pun dibentangkan dengan terperinci dari segi jenis-jenis kesalahan dan jumlah saman yang patut dikenakan.

“Lagipun RM50,000 itu dari segi ordinan darurat sebelum ini yang diumumkan adalah bekaitan dengan syarikat.

“Walaubagaimanapun, ini bukan bawah bidang kuasa pihak saya tetapi bidang kuasa penguatkuasan pihak polis manakala rayuan pengurangan bawah KKM,” jelas menteri pertahanan pada sidang media harian Covid-19 hari ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumkan KKM akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000, sama ada diberi pengurangan atau pengecualian.

Katanya, KKM amat prihatin serta memandang serius kes berkenaan dan meminta peniaga terbabit tampil mengemukakan permohonan rayuan terhadap kompaun itu secepat mungkin.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga rojak colek Mohd Azizi Mohd Nor dan peniaga burger Wan Mohd Faisal.

Jelasnya, pihak polis akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga berkenaan. Mk

Bagaimana peniaga burger mampu bayar kompaun RM50,000 ? – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker