Zahid ingatkan komponen BN, perbincangan kerusi PRN perlu melibatkan PH

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

PONTIAN – Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan parti komponennya mengadakan perbincangan secara berasingan yang melibatkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan itu hanya melibatkan BN dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri-negeri berkenaan.

“Maka, sebarang perbincangan hendaklah melibatkan dua parti gabungan kita, iaitu BN dan PH

“Dan semua keputusan yang dibuat dalam perbincangan di enam negeri ini akan dibawa ke peringkat tertinggi di mana kita akan terus bincangkan tentang kerusi-kerusi yang sesuai untuk ditandingi.



“Insya-Allah apabila kita mula lalukan perbincangan, kita akan cari jalan yang terbaik untuk beroleh kemenangan di kerusi-kerusi di enam negeri itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadari Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Pontian dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Johor di Kompleks Muafakat Benut, dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan, pelbagai formula akan digunakan bagi menyelesaikan pembahagian kerusi berkenaan.

“Apabila kedua-dua pihak telah bersetuju, kita akan cari jalan penyelesaian yang akan dimultamad dan terbaik,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker