Penyanyi Siti Sarah Menangis Jumpa Tok Batin Buat Permohonan Maaf

Setelah tampil dengan kontroversi mengenai dakwaan penghinaan terhadap Orang Asli, Siti Sarah mengambil pendekatan dengan berjumpa dengan Tok Batin untuk membuat permohonan maaf.

Menerusi video yang dikongsi di Instagram miliknya, Siti Sarah dilihat tidak dapat menahan tangisannya ketika pertemuan tersebut sambil mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

“Saya dengan rendah hati, menyusun 10 jari memohon maaf kepada masyarakat Malaysia terutama kepada 18 suku kaum orang asli di atas kekhilafan diri saya yg menguris hati masyarakat orang asli.

“Sesunguhnya tidak terlintas dan terniat untuk saya melukakan hati orang asli apatah lagi sebagai manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan,” jelasnya menerusi caption di video berkenaan.

Penyanyi berkenaan turut meluahkan rasa kesal dengan apa yang terjadi serta berharap ia akan menjadi pengajaran bukan kepadanya sahaja, tetapi juga masyarakat.

Dalam pada itu, suami kepada Siti Sarah iaitu Shuib pula memuji tindakan isterinya yang berani ke hadapan untuk menjernihkan keadaan.

Malah, beberapa rakan artis seperti Achey, Nora Danish, Adira dan Haiza turut memberikan sokongan moral terhadap permohonan maaf penyanyi berkenaan.

Sebelum ini, video Sarah seolah-olah menghina orang asli menjadi viral di laman sosial hingga mendapatkan kecaman netizen yang menganggap penyanyi itu tidak sensitif bila menyentuh fizikal komuniti tersebut. – KopiPlanet.com

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker