11 juta dos vaksin AstraZeneca di Belanda mungkin tidak digunakan



Sebaran :


AMSTERDAM, Belanda – Hampir kesemua 11 juta dos vaksin Covid-19 AstraZeneca yang akan tiba di Belanda beberapa minggu lagi berkemungkinan tidak digunakan selepas Amsterdam melarang penggunaan vaksin itu kepada individu berusia bawah 60 tahun, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Jaap van Deldon yang mengetuai jabatan vaksin institut kesihatan awam Belanda mengakui berjuta-juta dos vaksin AstraZeneca yang dipesan tidak lagi diperlukan susulan larangan tersebut. Ia susulan kebimbangan kes pembekuan darah yang dikaitkan dengan vaksin AstraZeneca.

Langkah itu dibuat ketika Belanda berperang dengan peningkatan jangkitan koronavirus yang mencecah 8,000 kes baru-baru ini. Pasukan doktor di unit rawatan rapi daerah Noord-Brabant memberi amaran bahawa beberapa buah hospital hampir lumpuh.



Belanda bersama beberapa negara Eropah lain telah melumpuhkan program vaksinasi sendiri selepas beberapa kali menghentikan dan melancarkan semula program pelalian.

Belanda memperkenalkan had umur kepada penerima vaksin AstraZeneca susulan kaitan vaksin itu dengan insiden darah beku walaupun Agensi Ubat Eropah yakin manfaat vaksin itu jauh melebihi risikonya.

Vaksin AstraZeneca pada mulanya tidak dibenarkan di Belanda sebelum kebenaran diberikan semula dan terbaru, vaksin itu dilarang bagi individu berusia bawah 60 tahun.



Belanda telah memeasan 11 juta dos vaksin tersebut yang ketika ini hanya diberikan kepada mereka yang berusia 60 hingga 64 tahun dengan 1.5 juta dos sudah disuntik di kosnegara itu yang mempunyai populasi 17 juta orang.

Ditanya apakah yang akan terjadi kepada dos vaksin yang tidak digunakan itu, Van Deldon berkata, vaksin itu boleh diberi kepada negara-negara kurang berkemampuan dan boleh disimpan untuk digunakan kelak,” katanya. Agensi

Malaysia teruskan penggunaan vaksin AstraZeneca


Sebaran :


Leave a Reply