Lelaki hina, halang diperiksa dicekup polis



Sebaran :


PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan polis kerana menghina, mengugut dan menghalang polis daripada melakukan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepasukan polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah (RCJ) di kawasan Damansara semalam telah menahan dan memeriksa seorang lelaki yang sedang meminum minuman keras seorang diri di perkarangan kondominium Perdana Exclusive, Damansara Perdana.

“Semasa anggota polis hendak melakukan pemeriksaan, suspek yang berumur 49 tahun itu enggan bekerjasama serta tidak berpuas hati dengan penahanan yang dibuat oleh polis terhadapnya.



“Suspek tersebut telah meninggikan suaranya dengan mempertikaikan tugas pemeriksaan pihak polis serta mengeluarkan kata-kata kesat yang berbaur penghinaan terhadap polis.

“Suspek juga telah merakam video pihak polis yang sedang menjalankan tugas serta mengugut untuk menularkan ke dalam facebook,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah lelaki tersebut bekerja sebagai penulis.

Tambah beliau, dalam kejadian pukul 10.30 malam itu suspek telah ditahan di hadapan ondominium itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.



Menurut Mohamad Fakhrudin, suspek kini direman selama dua hari dan kes disiasaytdi bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak sopan, ujarnya.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya. MG



Suami isteri maki polis kena tahan


Sebaran :


Leave a Reply