Tengku Zafrul umum pembinaan stesen ECRL Puncak Alam diluluskan
Tengku Zafrul umum pembinaan stesen ECRL Puncak Alam diluluskan
PUNCAK ALAM: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, hari ini, mengumumkan kelulusan bagi pembinaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam.
“Tempoh hari saya ada berjumpa dengan gabungan pengerusi-pengerusi penduduk di Puncak Alam. Mereka ada menyuarakan hasrat warga Puncak Alam untuk membina stesen ECRL di Puncak Alam.
“Oleh yang demikian, saya telah mohon pihak berkaitan untuk memberi pertimbangan rapi terhadap permintaan stesen ECRL ini, dan Alhamdulillah ianya telah diluluskan dan insyaallah akan ada stesen ECRL di Puncak Alam ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor, di sini malam ini.
Beliau berkata, bagi pembinaan stesen ECRL yang lain, pengumuman akan dibuat pada waktu yang sesuai.
Pada masa yang sama, Zafrul juga mengumumkan hasratnya menjadikan Kuala Selangor sebagai daerah angkat Kementerian Kewangan, bagi merealisasikan kemajuan daerah itu semaksimum mungkin ke hadapan.
“Saya secara peribadi sememangnya sedikit sentimental dengan daerah Kuala Selangor ini. Memang banyak potensi tempatan yang boleh dikembangkan dan diketengahkan,” katanya.
Bercakap kepada media, beliau berkata, bagaimanapun semua kementerian serta agensi kerajaan akan terus memberi bantuan kepada semua sektor dan kawasan ekonomi di negara ini, termasuklah di Kuala Selangor.
Mengenai program lawatannya yang dikatakan selalu dibuat di Kuala Selangor, Zafrul menjelaskan, bahawa beliau melakukan lawatan di pelbagai kawasan seluruh negara dan tidak hanya tertumpu di daerah itu sahaja.
“Apabila anda harus membuat sesuatu dasar, adalah penting untuk kita memahami keadaan di bawah, oleh kerana itu saya telah menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia dan isu yang paling utama sekarang adalah memastikan usaha pemulihan ekonomi terus bergerak di landasan yang telah ditetapkan,” katanya. FMT
Tengku Zafrul umum pembinaan stesen ECRL Puncak Alam diluluskan
Baca Artikel Menarik:
- Chong Wei Nafi Kaut RM329 juta
- Tiada Tarikh Tamat MoU Kerajaan Dan PH – Annuar Musa
- Dr. Akmal Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN
- Pondok dari luar dilihat ‘papa’, di dalam mewah tular sehingga luar negara
- PRU-15: Najib harap ‘top 4 UMNO’ bantu PM buat keputusan tepat
- Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri
- Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat
- Yusuf Azmi ajak Azwan Ali berjumpa kasi ‘settle’ [VIDEO]
- Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
- Adakah Rafizi Menang Kerana Pengundi Hantu?
- 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
- Adi Putra punya kekayaan bernilai lebih RM21j?
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN
Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.