IG Iman Troye hampir ‘terkubur’ sebab peminat K-pop



Sebaran :


Nama penyanyi Iman Troye tidak semena-mena menjadi sohor kini dalam laman Twitter gara-gara komen yang ditinggalkan mengenai seorang selebriti K-pop di ruangan Instagram (IG) pada sebuah portal hiburan.

Iman atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabuddin, 19, hebat dikecam peminat K-pop selepas kenyataannya disalah erti peminat K-pop yang mendakwa kebanyakan selebriti wajib melakukan pembedahan plastik pada wajah.

“Kau ingat plastic surgery (pembedahan plastik) tak akan tumbuh jerawat ke. Ya Allah,” tulisnya.



Disebabkan komen tersebut, rata-rata peminat artis K-pop meradang dan bertindak mengugut Iman selain meninggalkan kata-kata kurang enak terhadapnya.

“Siapa Iman Troye. Aku cuma kenal Iman Troli je.

“Buat Iman Troye, tungge jela akaun Instagram awak hilang kejap lagi,” tulis netizen.



Tidak hanya mendiamkan diri, Iman tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi ciapan yang dimuat naik dalam Twitternya bagi menghentikan tuduhan tersebut.

“Fitnah apa ni? Baca balik. Orang yang komen dekat situ (Instagram) cakap semua artis K-pop buat pembedahan plastik.

“Saya sebenarnya cuba untuk mempertahankan sebab saya sendiri peminat K-pop. Maknanya mereka tak buat pembedahan plastiklah. Allahuakhbar,” tulisnya.



Rentetan daripada itu, ramai peminat K-pop yang lebih matang menyokong Iman dan membidas sesetengah peminat artis Korea yang dilihat terlampau taksub hingga sanggup mengugut dan mengecam orang lain secara keterlaluan. K Online

Biodata dan Latar Belakang Iman Troye (Imantroye)


Sebaran :


Leave a Reply