Wanita Asia pertama menang Pengarah Terbaik, Oscar


LOS ANGELES: Pembikin filem kelahiran Beijing, China, Chloe Zhao, 39, menjadi wanita pertama Asia memenangi trofi Pengarah Terbaik, Anugerah Akademi edisi ke-93 menerusi filem Nomadland, pagi ini.

Kemenangan Zhoa diumumkan pada Anugerah Akademi atau Oscar yang disiarkan secara langsung dari Union Station Los Angeles dan Dolby Theatre, Hollywood.

Ketika menerima anugerah berkenaan, Zhao mengucapkan terima kasih kepada pelakon, kru dan rakan-rakan yang membantu menghidupkan filem Nomadland.

“Saya banyak berfikir bagaimana saya boleh terus berjalan ketika semuanya menjadi sulit.

“Dan ia kembali kepada sesuatu yang dipelajari ketika masih kecil. Semasa membesar di China, saya dan ayah biasa bermain permainan ini. Kami akan menghafal puisi dan teks klasik Cina. Kami akan membacanya dan cuba menyelesaikan ayat masing-masing,” katanya.

Zhao mengatakan, dirinya selalu terinspirasi oleh beberapa ungkapan yang menjadi asas kehidupan iaitu orang-orang ketika lahir secara semula menjadi baik.

“Ia amat memberi kesan besar kepada saya ketika masih kecil. Dan, saya masih mempercayainya hingga hari ini. Walaupun kadang-kadang nampak sebaliknya, tetapi ia adalah benar. Saya selalu menemui kebaikan pada orang yang ditemui ke mana sahaja pergi di seluruh dunia ini,” katanya.

Zhoa mengakhiri ucapannya dengan menghargai siapa sahaja yang memiliki kepercayaan dan keberanian untuk berpegang teguh kebaikan dalam diri, tidak kira betapa sukarnya untuk melakukannya.

“Kemenangan ini untuk anda. Kalian memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjalan,” katanya.

Kejayaan Zhao mencatat sejarah kedua dimenangi pengarah wanita. Rekod pertama itu dimenangi Kathryn Bigelow menerusi filem thriller kisah peperangan, The Hurt Locker pada Anugerah Akademi edisi ke-82 pada 2010.

Tahun ini, Zhao berentap dengan Emerald Fennell menerusi filem taruhan Promising Young Woman, sekali gus menjadikan Oscar kali ini mempertandingkan dua sutradara wanita dalam kategori sama.

Sepanjang penganjuran Oscar, hanya lima sutradara wanita pernah dicalonkan iaitu Lina Wertmuller (Seven Beauties), Jane Campion (The Piano), Sofia Coppola (Lost in Translation) dan Bigelow (The Hurt Locker).

Selain menang Pengarah Terbaik, Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Frances McDormand), Sinematografi Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Filem Nomadland memaparkan kisah kehidupan sebenar golongan nomad. Ia mengangkat kisah golongan lebih berusia di Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa berpindah dari satu kerja ke kerja yang lain serta mengharungi liku-liku hidup. – AGENSI

Riz Ahmed pecah tembok pemisah industri Barat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker