Tukang masak ditahan pandu kereta secara berbahaya

KLANG: Seorang tukang masak ditahan bagi membantu siasatan berhubung memandu secara berbahaya di Jalan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek berusia 58 ditahan selepas hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Klang Selatan petang tadi.

Menurut Shamsul Amar, penahanan individu terbabit dilakukan selepas tular satu klip video berdurasi 17 saat yang memaparkan pemanduan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV secara berbahaya.

“Rakaman video tersebut memaparkan kenderaan SUV ini memotong dari arah kiri secara tiba-tiba. Klip video ini juga menunjukkan pemandu kenderaan tersebut telah secara tiba-tiba bertindak memberhentikan kenderaannya.

“Tindakan Ini menyebabkan pemandu yang merakam video tersebut menekan brek secara mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Tambah Shamsul Amar, akibat penularan video itu, suspek yang sedang bekerja telah menerima satu rakaman video berhubung kejadian itu selain menerima banyak panggilan telefon dan pesanan mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

“Kontrak saya akan tamat pada 3 haribulan-Hamid Bador sah berundur

“Suspek kemudian telah datang membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Terdahulu, tular video aksi sebuah SUV memandu melulu memasuki laluan bertentangan yang dipercayai menyebabkan kepala anak kepada penumpang di belakang kenderaan itu seolah-olah terhantuk kepada komponen dalam keretanya.

Berdasarkan video yang tular itu, kejadian berlaku pukul 4.55 petang pada Rabu lalu.

Susulan kejadian itu, juga tular beberapa video lagi di laman sosial Facebook dipercayai dipandu individu sama memaparkan tindakannya yang memandu secara berbahaya sejak 2018. – UTUSAN ONLINE

Raih sokongan 67%, Muhyiddin tak perlu takut panggil sidang Parlimen, kata pemimpin Umno

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker