6 Perkara dibolehkan untuk membongkar rahsia dan menyatakan keaiban


Terdapat beberapa keadaan yang membolehkan sesuatu rahsia itu didedahkan mengikut keperluan syarak berdasarkan hadis Muslim, syarah Imam Nawawi.

Bersumberkan hadis Aisyah r.ha. yang telah menceritakan kepada Urwah b. Zubair, tentang Nabi s.a.w. yang pernah seolah-olah mengejek Uyainah b. Hisn. Tujuan Baginda s.a.w. berbuat begitu, adalah untuk menghebahkan kepada umum berkenaan sikap Uyainah yang lemah imannya. Dia nampak Islam, tetapi cara dan tindakannya, cenderung seperti orang yang sudah murtad.

Berdasarkan hadis ini, dibolehkan bercerita tentang rahsia, dan keaiban orang. Namun, ia perlu mengikut kemaslahatan sepertimana yang disebutkan ini:

Pertama : Orang yang dizalimi



Seseorang yang telah dianiaya dan dizalimi berhak untuk dirinya mengadu kepada pihak yang berkuasa yang ada kemampuan untuk mengubah kezaliman tersebut dari terus berlaku. Pihak berkuasa yang boleh diberitahu seperti polis, Jabatan Agama, hakim atau lain-lain yang dilihat sesuai.

Kedua : Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran

Jika kita sedar di kawasan kita terdapat kemungkaran berlaku, seperti sumbang mahram, ajaran sesat atau lainnya, maka perlu bagi kita menghubungi, dan meminta bantuan pihak yang berkuasa, bagi mencegah kemungkaran tersebut.

Ketiga : Seseorang yang meminta nasihat, pandangan atau hukum



Terdapat satu kisah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. di mana Hindun binti Utbah, isteri kepada Abu Sufyan datang bertemu Baginda s.a.w. dan bercerita tentang sikap suaminya yang kedekut. Perbuatan Hindun itu tidak dianggap sebagai umpatan atau membuka keaiban. Bahkan Nabi s.a.w. berkata kepada Hindun,

“Ambillah sesuatu yang mencukupi untuk diri mu dan anak mu secara makruf.” – HR Bukhari

Keempat : Memberi peringatan orang Islam dari bahaya kejahatan

Ini juga merupakan tanggungjawab yang perlu dilakukan, supaya tiada orang lain yang akan teraniaya. Contohnya, jika kita tahu seseorang itu fasiq dan jahat, maka wajar diberitahu kepada orang lain, supaya tiada yang akan menjadi mangsa.



Kelima : Seorang yang fasiq

Seseorang itu yang memang sudah terkenal dengan kefasiqannya, seperti penagih dadah, penipu atau pencuri dan sebagainya. Ini juga perlu dihebahkan supaya, masyarakat tidak terpedaya dengan mereka.

Keenam : Pengenalan diri

Di bolehkan untuk memberitahu keaiban orang kerana sebagai identiti atau pengenalan. Mungkin di satu kawasan, terdapat dua orang yang mempunyai nama yang serupa. Maka untuk membezakannya, disebutkan kecacatan yang ada pada salah seorangnya. Ini juga dibolehkan dengan syarat, bukan dengan niat untuk mengejek atau menghina.



Oleh demikian, sebagai seorang Islam yang telah diberikan akal yang waras, hendaklah tahu membezakan, apakah rahsia yang perlu disimpan, atau yang perlu dihebahkan. Setiap rahsia yang baik dan tidak mendatangkan keburukan, itu adalah amanah yang perlu dipertahankan. Wallahu a’lam. Utv

Dua jihad bulan puasa



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker