‘Dia beli rokok beratus ringgit, saya tidak halalkan’

Rakaman CCTV lelaki yang disyaki menggunakan kad ATM milik Ummi di sebuah premis di sekitar Larkin pada 20 April lalu. Foto Ihsan Pembaca
Rakaman CCTV lelaki yang disyaki menggunakan kad ATM milik Ummi di sebuah premis di sekitar Larkin pada 20 April lalu. Foto Ihsan Pembaca

 

Johor Bahru: “Saya halalkan sekiranya individu berkenaan terdesak untuk membeli barangan keperluan seperti susu atau beras untuk keluarganya, namun dia beli rokok sampai beratus ringgit,” kata seorang guru yang mahu dikenali sebagai Ummi, 50.

Menurutnya, dia yang tinggal di bandar raya ini mendakwa kehilangan kad pengeluaran wang automatik (ATM) pada petang 19 April lalu.

Katanya, pada mulanya dia menyangkakan kad berkenaan terjatuh di rumah dan tidak terfikir ia tercicir atau diambil individu tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, Allah menggerak hati untuk memeriksa baki akaun di bank pada keesokannya, saya terkejut apabila mendapati kira-kira RM1,000 hilang selepas diperiksa secara online (dalam talian).

“Sebanyak 12 transaksi pembelian dilakukan menggunakan kad ATM milik saya mulai 7.30 pagi hingga 9.45 pagi pada 20 April lalu di beberapa kedai di sekitar Larkin.

“Semua pembayaran dilakukan adalah tanpa sentuhan iaitu secara payWave,” katanya yang melaporkan kejadian kepada pihak bank bagi menyekat sebarang transaksi menerusi kad ATM berkenaan.

Ummi berkata, dia berjaya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kedai yang dikunjungi individu berkenaan.

Menurutnya, pemilik dan pekerja di premis berkenaan juga mendakwa lelaki di CCTV berkenaan membeli rokok mencecah ratusan ringgit dan membayarnya menggunakan kad ATM miliknya.

“Saya dapati dia juga sempat menukar pakaian ketika mengunjungi premis berbeza.

“Dalam rakaman berkenaan, lelaki itu tampak sihat dan sepatutnya boleh bekerja sendiri tanpa melakukan perbuatan seumpama ini,” katanya.

Ummi berkata, dia juga kecewa kerana tidak menerima sebarang mesej pemberitahuan daripada bank sebaik saja kad ATM miliknya digunakan.

“Pihak bank sepatutnya menghantar mesej pemberitahuan walaupun transaksi dilakukan membabitkan jumlah kecil.

“Saya tidak menyalahkan teknologi, namun saya berpendapat cara berkenaan lebih selamat bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

“Sekiranya tidak tergerak hati bagi memeriksa baki akaun, mungkin individu berkenaan bebas menggunakan kad ATM berkenaan,” katanya yang melaporkan kejadian itu di Balai Polis Larkin di sini, pada 20 April lalu.

Disi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker