Resepi Biskut Makmur Cair Dalam Mulut


Resepi Biskut Makmur

Resepi Biskut Makmur, resepi kuih yang menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya.

Menggunakan kacang tanah yang dikisar bersama gula icing untuk menambahkan lagi rasa lemak pada biskut Makmur ini.

Resepi yang tak asing lagi masa kecil-kecil dulu, memang favorite orang kampung sebab agak senang nak buat biskut ini

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak:15 minit
Jumlah Hidangan:50

Bahan-Bahan:

Bahan untuk doh:

500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi
Paper cup
Bahan untuk inti:
200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
3/4 cawan gula icing
1 sudu besar mentega kacang, optional

Bahan untuk salut:

Sedikit gula icing

Cara-cara:

Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing.

Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.

Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.

Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.

Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.

Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

Tips:

Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.

Resepi Che Nom

Resepi Biskut Dam, Pasti Raya Lebih Ceria

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker