Lima wanita jadi hamba seks berjaya diselamatkan


Polis berjaya menyelamatkan lima wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan eksploitasi seks susulan penahanan dua lelaki dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Raden Bagus, Kuala Lumpur di sini semalam.

Serbuan tersebut dilakukan sekitar pukul 10.10 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, hasil serbuan itu berjaya menyelamatkan wanita berusia 26 hingga 34 tahun, termasuk menahan dua suspek.

“Turut dirampas sehelai tuala, sembilan telefon bimbit, dua walkie-talkie, tiga kad akses bilik, 24 kondom, buku catatan bayaran, buku menu makanan, tiga keping menu makanan dan wang tunai sebanyak RM1,250.

“Siasatan awal mendapati kesemua mangsa bekerja di premis itu kira-kira sebulan lalu dan pasport milik mereka telah disimpan oleh salah seorang daripada suspek yang disyaki menjadi pengurusnya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa juga tidak dibenarkan bergerak bebas dan dipaksa untuk membuat penawaran seks sebanyak RM250 bagi setiap pelanggan yang melanggan mereka.

“Semakan terhadap suspek mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kedua-dua suspek tersebut direman hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, manakala wanita warga asing terbabit pula akan dimohon Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan seterusnya dihantar ke pusat perlindungan sementara.

Jika terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Khas 24 Jam, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460670 dan Hotline Kuala Lumpur di talian 03-21159999. K Online

Lelaki didakwa jadikan kekasih hamba seks hingga anak lahir dibebaskan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker