Lelaki didakwa jadikan kekasih hamba seks hingga anak lahir dibebaskan



Sebaran :

Pemuda yang didakwa menjadikan kekasihnya hamba seks hingga mengandung anak luar nikah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek berusia 23 tahun itu telah direman selama enam hari sejak 5 Disember lalu.

Katanya, suspek akan menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kekasihnya melahirkan anak untuk membuktikan jenayah rogolnya.



Mangsa, yang berusia 21 tahun itu dijangka melahirkan anak pada bulan Mei 2021.

“Polis akan mendapatkan mengambil DNA suspek selepas mangsa melahirkan anak nanti untuk dipadankan dengan DNA bayi itu bagi menentu dan mengesahkan bayi itu hasil hubungan suspek dengan mangsa.

“Selepas mendapat pengesahan laporan kimia menerusi padanan DNA itu, barulah kita akan melengkapkan kertas siasatan ke atas suspek dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.



Tambah Nik Ezanee, suspek telah dirakam keterangan sepanjang tempoh reman enam hari itu selepas ditahan pada 4 Disember lalu.

Suspek telah disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. MG


Sebaran :


Leave a Reply