Pengorbanan ‘Abang rambut perang’ terbalas, turun kapal terbang dapat hadiah motosikal

KUALA LUMPUR: Pengorbanan ‘abang rambut perang’, Derrick Gan menjual motosikalnya untuk mendapatkan dana bagi menyaksikan Piala Asia 2023 terbalas selepas dia menerima jentera baharu dari jenama motosikal tempatan, MODENAS.

Menerusi satu kemaskini di laman Facebook MODENAS yang dikongsikan daripada hantaran sebuah stesen radio swasta tempatan, Derrick menerima motosikal itu selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

“Alhamdulillah rezeki buat @derrickganjr terima motor dari @modenas.malaysia.

“Derrick, teruskan support dan jadi pemain ke 12 pasukan Harimau Malaya! Selamanya Harimau Malaya!,” demikian menurut hantaran stesen radio swasta tempatan itu.

Terdahulu, reaksi Derrick yang menangis selepas Malaysia beroleh gol kedua menerusi sepakan penalti Arif Aiman Hanapi menghadirkan rasa sebak dalam kalangan penyokong negara yang turut berkongsi rasa sama ketika menyaksikan aksi terakhir Kumpulan E itu.

Cerita di sebalik air mata di bumi Doha itu yang menjentik emosi penyokong bola sepak negara sebenarnya lebih mengagumkan selepas penyokong itu menjadi tular.

Berdasarkan maklumat yang ketika ini menjadi topik hangat diperkatakan, penyokong dikenali sebagai Derrick Gan itu sebenarnya melakukan pengorbanan besar untuk menyaksikan perjuangan skuad negara di Piala Asia 2023.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Derrick mengambil keputusan melepaskan motosikalnya pada harga RM4,500 untuk mencari dana bagi membolehkannya terbang ke Qatar.

Malah, Derrick dijangka menerima lebih banyak motosikal selepas pemain negara, Faisal Halim turut berhasrat menghadiahkan motosikal baharu kepada pemuda terbabit.

Menerusi satu maklumat daripada pengguna laman Instagram iaitu Danial Mazalan, individu itu mencari Derrick untuk menghadiahkan motosikal baharu selepas Derrick menjual motosikalnya bagi mendapatkan dana ke Qatar.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker