Saarani mula tugas sebagai Menteri Besar Perak

POH: Datuk Saarani Mohamad memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Perak yang baharu pagi ini.
Beliau yang berpakaian baju Melayu hijau tiba di Anjung Bangunan Perak Darul Ridzuan kira-kira jam 8.45 pagi disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Hadir sama Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zulazlan Abu Hassan.

Upacara ringkas dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan sesi bergambar bersama ketua-ketua jabatan negeri.

Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pintu masuk pejabat pada jam 9 pagi sebelum memasuki bilik pejabatnya.

Menteri Besar kemudiannya mengadakan sidang media di Dewan Bankuet selepas diberi taklimat ringkas di pejabatnya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker