Peniaga kuih dituduh bunuh kostabel polis, Muhammad Iqbal


Seorang penjual kuih dituduh membunuh seorang konstabel polis dalam kejadian kejar mengejar Sabtu lalu.

Mohd Arraffat Taufik, 35, dituduh menyebabkan kematian Muhammad Iqbal Mazlan, 22, antara 1 pagi hingga 2 pagi di Jalan Utama.

Arraffat didakwa menunggang motosikal secara berbahaya dan menghimpit motosikal ditunggang Iqbal sehingga mengakibatkan mangsa jatuh.

Mangsa yang cedera meninggal dunia selepas kejadian.

Powered by Streamlyn

Dia dituduh mengikut Seksyen 301 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim manakala tertuduh diwakili peguam G Shanmugam.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan Majistret Jamaliah Abd Manap menetapkan 23 Jun untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan patalogi.

Sabtu lalu, polis berkata tiga anggotanya yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di sepanjang Jalan Scotland terserempak dengan seorang penunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Tiga anggota polis berkenaan kemudian meminta lelaki berkenaan memberhentikan motosikal, namun suspek terus memecut dan menunggang dalam keadaan berbahaya, dengan melakukan aksi ‘zig zag’ bagi mengelak ditahan polis.

Mereka mengejar lelaki itu sehingga ke Jalan Utama dan ketika Iqbal cuba menghampiri motosikal lelaki terbabit, suspek melanggar motosikalnya sehingga mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk di tebing jalan.

Polis berkata, suspek yang mempunyai 11 rekod jenayah lampau dengan enam daripadanya berkaitan dadah juga positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine, dan ganja.

Iqbal yang berasal dari Besut, Terengganu menyertai polis 18 bulan lalu. FMT

Suspek tokan dadah langgar Konstabel Iqbal direman 7 hari

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker