Suspek tokan dadah langgar Konstabel Iqbal direman 7 hari


LELAKI disyaki tokan dadah yang melanggar Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan sehingga menyebabkan kematian anggota polis itu dalam kejadian awal pagi semalam, direman selama tujuh hari hingga 24 April ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret George Town hari ini.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurut Soffian, penganggur berusia 35 tahun itu turut disiasat mengikut Seksyen 186 kanun sama iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.



Dalam kejadian itu, Muhammad Iqbal, 22, serta dua rakan setugasnya sedang menjalankan rondaan di Jalan Scotland pada 1 pagi sebelum terserempak dengan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Pihak polis meminta lelaki itu berhenti namun dia terus memecut laju ke jalan utama, menyebabkan ketiga-tiga anggota terbabit mengejar suspek.

Suspek yang menunggang secara berbahaya bertindak melanggar motosikal dinaiki Muhammad Iqbal, menyebabkan dia terjatuh dan kepalanya terhantuk pada tebing jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

Suspek yang dipercayai tokan dadah itu pula berjaya ditahan oleh dua lagi anggota di lokasi sama. Utv



Telekung merah pemberian terakhir arwah Iqbal kepada ibu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker