Dua maut, penduduk terperangkap ketika taufan Babet melanda Scotland

Dua orang maut manakala beberapa keluarga terperangkap dalam rumah yang dinaiki air di Scotland, hari ini, ketika Taufan Babet bergerak ke timur selepas membadai Ireland.

Pejabat Metereologi United Kingdom (UK) mengeluarkan amaran cuaca buruk merah yang jarang berlaku untuk bahagian timur Scotland dengan ramalan ‘hujan luar biasa’ sehingga 22 sentimeter untuk hari ini dan Sabtu.

Polis berkata, mayat seorang wanita berusia 57 tahun ditemui selepas dia dihanyutkan ke dalam sungai di daerah Angus, petang semalam



Mangsa maut kedua juga berlaku di daerah sama petang semalam disebabkan pokok tumbang selepas dilanggar van yang dipandu lelaki berusia 56 tahun itu.

Pegawai di daerah Cork di selatan Ireland, memaklumkan ratusan rumah dan premis perniagaan dinaiki air awal minggu ini, sambil beliau menyifatkan banjir terbabit sebagai yang terburuk dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 tahun.

Sebuah hospital komuniti untuk warga tua terpaksa dipindahkan di bandar Midleton, Cork, berikutan jalan utama dinaiki air setinggi empat kaki.

Pemimpin Scotland, Humza Yousaf, memberi amaran beliau tidak dapat menganggarkan betapa bahayanya taufan yang melanda Scotland hari ini, khususnya di bandar timur laut Brechin.



Perkhidmatan kecemasan sedang bertungkus-lumus menjejaki penduduk yang terperangkap tetapi usaha mereka terhalang berikutan arus deras dan banjir sehingga enam kaki (hampir dua meter).

“Ia benar-benar mengerikan. Saya tidak pernah melihat perkara seperti itu,” kata ahli majlis tempatan Jill Scott, sambil menambah beratus-ratus rumah dinaiki air. -AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker