Sheila Rusly solat jemaah tarawih di pusat boling


Kuala Lumpur : Pelakon dan penerbit drama popular, Sheila Rusly sempat mengerjakan solat tarawih secara berjemaah di pusat boling sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, malam tadi.

Sheila dalam satu hantaran video di Instagram berkongsi suasana menjalani solat tarawih di pusat boling berkenaan walaupun ia sibuk dengan pengunjung.

“Malam kelapan. Tiada lagi alasan. Islam itu syumul (sempurna dan menyeluruh). Iftar (berbuka puasa) dan tarawih bersama dengan keluarga besar saya,” tulisnya di Instagram.

Difahamkan, Sheila mengerjakan solat itu bersama suami, Azman Yahya atau Jinggo serta kru produksi dan pelakon drama Ratu Ten Pin yang menjalani penggambaran di situ.



Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Jinggo sedang mengimamkan solat bersama kumpulan jemaah lelaki dan perempuan.

“Solat Isyak dipimpin oleh Tuan Haji Jinggo (suami), manakala solat sunat tarawih dipimpin oleh saudara @itsokaymarr,” tulisnya di Instagram.

Walaupun suasana di pusat boling itu kelihatan sibuk dengan pengunjung sedang bermain boling, namun aktiviti ibadah yang dibuat berjalan lancar.

Difahamkan, video berkenaan diambil pelakon, Elisya Sandha yang juga bakal menantu Sheila dan Jinggo.



Sementara itu, semakan Harian Metro di ruangan komen mendapati rata-rata pengikut Sheila memuji pendekatan dia bersama keluarganya mengimarahkan Ramadan dengan cara sedemikian.

Hantaran itu memperoleh lebih 54,000 likes dan hampir 400 komen yang rata-ratanya positif. HM

Jangan fitnah bakal menantu saya – Sheila Rusly



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker