Jangan fitnah bakal menantu saya – Sheila Rusly



Sebaran :


PETALING JAYA – Pelakon yang juga penerbit popular, Sheila Rusly menyelar netizen yang mendakwa bakal menantunya, Elisya Sandha sudah menetap di kediamannya.

“Dia belum tinggal di sini. Bila dia ada di sini pada waktu malam, anda semua mula menabur fitnah Elisya sudah menetap bersama kami.

“Jangan fitnah, berdosa. Dia masih ada ibu bapa yang perlu dijaga dan dia tahu tata tertibnya,” katanya Sheila dalam video siaran langsung Instagramnya semalam.



Dalam video berkenaan, kelihatan Sheila dan Elisya sedang memasak dan berkongsi resipi Seafood Pasta Kam Heong.

Dalam pada itu, pengacara rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu memberitahu keberadaan Elisya di rumahnya bertujuan untuk belajar memasak.

“Daripada Elisya pergi melepak tak tentu arah, lebih baik belajar memasak dengan saya.



“Malah, kedua-dua mereka ada di depan mata saya. Kalau mereka cuba lakukan perkara yang kurang elok, kaki saya akan sampai dahulu. Jadi, jangan tabur fitnah kepada menantu saya ya,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Mohd Faisal, 22, mengikat tali pertunangan dengan anak sulung Sheila, Uzair Haqimy, 25, pada 31 Januari lalu di kediaman kakaknya, Fasha Sandha. K Online

Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Anak Sheila Rusly, Uzair Haqimy


Sebaran :


Leave a Reply