Amang seksual dalam pikap, lelaki dipenjara tujuh tahun

Amang seksual dalam pikap, lelaki dipenjara tujuh tahun

Tawau: Lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan bawah umur, Oktober lalu.

Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas tertuduh Jumaidi Abdillah Adi Basar, 40, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia lapan di tepi jalan belakang bangunan restoran makanan segera, di sini, kira-kira 8.30 malam, 20 Oktober lalu.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau boleh dikenakan denda atau dengan sebat atau mana-mana daripada dua seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana, manakala tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pada hari kejadian dilihat menghampiri mangsa yang ketika itu berada di tepi jalan di sebuah kedai runcit sebelum menariknya masuk ke dalam Toyota Hilux berwarna putih yang dipandunya.



Tertuduh kemudian membawa mangsa menuju kawasan belakang bangunan restoran makanan segera sebelum melakukan amang seksual dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan lemah dan tidak bermaya di kawasan itu.

Mangsa yang ditemukan oleh orang awam dibawa ke hospital dan hasil ujian dan pemeriksaan oleh pakar perubatan ke atas mangsa mendapati empat kesan koyakan baru pada selaput dara mangsa.

Terdahulu, Mohd Suhaimi memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam dan kesan trauma dialami mangsa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan ke atas tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 22 Oktober 2022. HM



Amang seksual dalam pikap, lelaki dipenjara tujuh tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker