Polis nafi suspek pukul ‘bodyguard’ diberi layanan istimewa

KUALA LUMPUR: Polis menafikan memberikan layanan istimewa kepada seorang lelaki yang ditahan kerana memukul dan menggugut bunuh dua pengawal peribadinya kerana berpuasa, baru-baru ini.

Ini susulan timbul dakwaan pihak tertentu mengatakan suspek berusia 43 tahun itu diberikan peluang membuat sidang media memohon maaf kepada umat Islam dan Yang di-Pertuan Agong di hadapan lobi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

Mengulas perkara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata insiden berkenaan berlaku secara kebetulan ketika suspek dalam proses untuk diserahkan ke IPD Klang Utara.

Katanya, pada hari terbabit pihaknya mengadakan satu sidang media berkaitan isu video raya yang mempromosi judi dan ketika suspek dibawa turun ke lobi, sidang media baru berakhir dan ramai wartawan masih berada di lokasi.

“Suspek yang diambil oleh anggota IPD Kelang Selatan secara kebetulan melalui lobi dan wartawan mengambil gambar suspek sementara menunggu kenderaan IPD Kelang Selatan sampai ke perkarangan lobi.

“Perkara itu berlaku secara spontan kerana suspek tiba-tiba bercakap kepada pihak media dan bukannya suspek diberi peluang membuat sidang media,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, pihak wartawan juga tidak bertanyakan apa-apa soalan kepadanya, sebaliknya suspek sendiri bercakap memohon maaf dalam bahasa Cina dan perkara itu dipetik oleh pihak media yang berada di situ.

“Kita berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk memanipulasikan perkara ini.

“Tidak timbul isu kita beri layanan istimewa kepada suspek kerana kejadian itu berlaku secara kebetulan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkanAhli Dewan Negara, Senator Muhammad Zahid Md Arip, mempertikaikan tindakan polis ‘memberi layan istimewa’ kepada suspek sehingga dibenarkan membuat ‘sidang media’ berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

 

Adham Baba nafi Agong peroleh vaksin Sinopharm dari UAE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker