Bekas CEO, isteri bakal dituduh pecah amanah, rasuah RM140 juta

Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) dan isterinya yang juga seorang pengarah syarikat yang disenarai dalam BURSA Malaysia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Sumber berkata, kedua-dua mereka masing-masing berusia 63 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan kes rasuah dan pecah amanah berjumlah RM140 juta.

Difahamkan kedua-dua mereka sebelum ini dipanggil untuk membantu siasatan dan diambil keterangan berhubung kes berkenaan.

“Pasangan suami isteri itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah Shah Alam esok bagi menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 409 Kanun Kesiksaan,” katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersenarai awam dan isterinya berhubung siasatan kes pecah amanah melibatkan RM140 juta.

Sumber memberitahu FMT, dua suspek itu, masing-masing berusia 63 tahun, ditahan di ibu pejabat SPRM pagi tadi setelah mereka hadir untuk disoal siasat.

Isteri kepada CEO itu adalah juga pengarah syarikat berkenaan.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok pagi untuk menghadapi beberapa tuduhan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM dan Seksyen 406 Kanun Keseksaan,” kata sumber itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker